Pelakon dan penyanyi Ieda Moin menjelaskan perkenalannya dengan Mohd Amril Gul Abdul Rahman bukanlah punca dia bertindak membatalkan pertunangan dengan seorang pemuda pada April lalu.
Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35, sebaliknya berkata, dia mengenali Mohd Amril selepas kejadian berkenaan dan terkejut kenapakah teman baharunya itu dituduh menjadi orang ketiga.
"Pada asasnya tidak ada siapa tahu kisah mengenai kejadian itu dan saya agak terkejut apabila berita saya tidak jadi bertunang itu tiba-tiba tersebar dan Mohd Amril dikatakan sebagai punca.
"Ia tidak benar kerana kami hanya berkenalan selepas saya mengambil tindakan membatalkan pertunangan tersebut," katanya kepada mStar Online.
Ieda ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pontianak Menangis di The Curve di sini, malam Isnin.
Penyanyi itu terdahulu pernah berkahwin dengan Mohamad Naquib Idris, 35, namun bercerai pada 18 Disember tahun lalu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai punca dia membatalkan pertunangan tersebut, Ieda berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab khusus atas tindakannya itu.
Bagaimanapun kata Ieda, dia menanggap lelaki berkenaan bukan jodohnya dan enggan mengenang perkara yang sudah berlalu.
"Saya sudah lama kenal lelaki berkenaan dan dia peminat saya sejak zaman sebelum saya kahwin dahulu namun hubungan kami kembali rapat selepas saya bercerai akhir tahun lalu.
"Saya tiada alasan mengapa saya batalkan pertunangan tersebut tetapi mungkin juga kerana saya belum bersedia," jelasnya.
Sementara itu, bercakap mengenai hubungannya bersama Mohd Amril, Ieda tanpa berselindung memberitahu dia bahagia disamping lelaki berusia 32 tahun itu namun masih terlalu awal untuk bercakap soal kahwin.
"Saya tidak mahu terburu-buru, kami pun masih baru lagi bercinta. Biarlah kami kenal hati budi masing-masing dahulu, Insya-Allah kalau ada jodoh kami berkahwin," katanya.
Sumber

0 comments:
Post a Comment