Memetik laporan daripada Sinar Harian, keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Mawardi Che Man selepas berpuas hati plaintif, Rita Rudaini layak membuat tuntutan tersebut.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini.
“Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri. Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula,” katanya.
0 comments:
Post a Comment