Sebaliknya, kata beliau, istana tersebut adalah kepunyaan Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Tunku Kudin, Raja Muda Kedah ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879.
"Istana itu bukan sama sekali milik Raja Bersiong. Raja Bersiong tak wujud dalam pemerintahan raja Kedah, ia hanyalah satu episod dalam Hikayat Merong Mahawangsa," katanya baru-baru ini.
Istana tersebut, katanya, dibina Tunku Kudin selepas dia dipecat abangnya kerana campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor dalam Perang Saudara Selangor pada 1867.
Istana dua tingkat itu, kata Wan Shamsuddin, dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam.
Menurutnya, banyak tempat-tempat lama di Kedah dianggap mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong termasuk kubur Raja Bersiong di Kuala Muda, tiang bendera Raja Bersiong di Tikam Batu serta keris di Kampung Kota Bukit, Jeneri, namun kesahihannya diragui.
Tinjauan Bernama mendapati, istana yang terletak di jalan utama berdekatan Taman Tabung Haji, Kepala Batas itu kini terbiar dengan semak samun, malah turut diletakkan sebuah tong sampah besar di hadapan tinggalan bersejarah tersebut.
Seorang penduduk, K.Jagesan, 60, berkata, beberapa individu mengunjungi tempat itu dan meminta untuk mendapatkan satu blok bata istana tersebut, namun dia menolak kerana tidak berani berbuat demikian.
Wan Shamsudin berharap, tinggalan bersejarah tersebut dibangunkan dan dipulihara kerajaan negeri, memandangkan ia merupakan tinggalan lama yang berpotensi dijadikan tarikan pelancong.
Menurutnya, jika istana itu dibangunkan dan dipulihara, ia mampu menjadi satu nilai tambah sempena kempen 'Discover Kedah 2016' yang akan datang, seterusnya menarik kedatangan pelancong dalam dan luar.
Menurutnya, jika istana itu dibangunkan dan dipulihara, ia mampu menjadi satu nilai tambah sempena kempen 'Discover Kedah 2016' yang akan datang, seterusnya menarik kedatangan pelancong dalam dan luar.
0 comments:
Post a Comment