Searching...
Monday, 16 November 2015
05:50 0

GEMPAR! Zahirah baru saja digosipkan bercinta Zul Ariffin, kini rumahtangga Ibu Bapa Zahirah Macwilson berantakan?


Setiap malam sebelum Murai Batu melelapkan mata, Murai Batu mempunyai satu hobi iaitu singgah melihat profil Instagram artis-artis tempatan.

Baru-baru ini, singgah punya singgah, Murai Batu telah mengunjungi akaun kepunyaan Maslinda Yusof yang merupakan ibu kepada aktres baru yang sedang hangat bercinta dengan Zul Ariffin, Zahirah Macwilson.

Alamak! Terkejut beruk Murai Batu melihat ruangan ‘bio’ laman Instagram Maslinda.

“Prev. name Maslinda Macwilson. My life My rules. Love being single mum of four. InsyALLAH, as time passes by I will be stronger and thats a PROMISE! Move on to the NEXT best thing,” tulisnya.


Single mum? Eh, sejak bila rumah tangga Maslinda bersama suaminya, pelakon dan bekas penyampai berita, Zainol Macwilson berantakan? Setahu Murai Batu, hubungan di antara mereka baik-baik sahaja.

Murai Batu pun menyemak entri laman Instagram Maslinda. Nampaknya, Maslinda baru sahaja menukarkan nama akaun Instagram miliknya daripada @maslindamacwilson kepada @maslindayusoff_ seminggu lalu.


Murai Batu juga terbaca satu entri yang dimuatnaik oleh Maslinda dua hari lalu yang bertulis, “You’re not sorry you did it, you’re sorry I found out. Betrayal.”

Menerusi entri itu, Zainol meninggalkan komen yang berbunyi, “And what you found out was just meer words but no action.”


Apa yang telah terjadi kepada rumahtangga mereka? Adakah mereka sedang berselisih faham atau sekadar gurau-gurau manja suami isteri? Murai Batu sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku.

Jika benar ada perselisihan pendapat, Murai Batu berdoa agar masalah itu dapat diselesaikan segera dan rumah tangga mereka kembali aman bahagia.

Sumber: Murai Batu

0 comments:

Post a Comment