Menerusi perkongsian Hanez melalui beberapa foto dan video di laman Instagram miliknya, pelakon drama bersiri Love You Mr. Arrogant ini nyata sangat rapat dengan dua orang anak tirinya, Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3.
Murai Batu sendiri gembira melihat perkembangan positif ini. Hanez kelihatan sangat manja dan selesa bermain dan menjaga dua orang anak tirinya itu. Menerusi video perkongsian Hanez dalam laman Instagram, Hanez gemar melayan keletah anak-anak tirinya yang gemar bermain.
Teman Murai Batu yang menghadiri majlis perkahwinan Hanez pun ada bercerita kepada Murai Batu. Katanya Hanez kelihatan sangat rapat dengan kedua-dua orang putera itu dan langsung tidak kekok melayan keletah mereka. Hanez juga diterima dengan senang oleh ahli keluarga Romie.
Murai Batu harapkan agar Hanez menemui kebahagiaan abadi bersama suami dan anak-anaknya. Lupakan segala kisah silam dan mari buka lembaran baru dalam kehidupan. Pastinya ramai peminat Hanez di luar sana mendoakan yang terbaik untuk Hanez sekeluarga.
Sumber : Murai Batu
0 comments:
Post a Comment