Searching...
Monday, 30 March 2015
17:20 0

7 Foto wajah sebenar Rami Alashkar, jejaka palestin bakal suami Ramona Zamzam


Pelakon yang sedang meningkat naik, Ramona Zamzam kini sedang mengira detik bersejarah apabila bakal menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya, Rami Alashkar yang berasal dari Palestin pada 15 Mei ini.

"Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi.Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang.

"Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama,"
jelas Ramona yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan bersama Rami, Ramona menjelaskan sudah mengenali jejaka berkenaan selepas sama-sama menuntut di Kolej Segi, di mana ketika itu Ramona dalam pengajian diploma dan Rami pula sedang mengambil ijazah sarjana muda.

"Saya bukan jenis yang pilih lelaki luar, tetapi pengalaman saya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan saya sedikit serik. Berbeza dengan Rami kerana dia tidak mengongkong saya, jauh sekali bersikap cemburu buta. Pendek kata, semuanya senang dan aman.

"Dia juga amat memahami saya dan tidak menghalang saya meneruskan karier seni selepas berkahwin. Itu yang penting kerana saya bukan jenis yang boleh duduk diam dan suka bekerja, tapi bukan bermakna sehingga mengabaikan tanggungjawab saya,"
jelasnya.

Bercerita lanjut berkenaan majlisnya nanti, Ramona berkata, majlis resepsi akan diadakan pada Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak, diikuti resepsi di Kuala Lumpur pada September.

"Kalau ikutkan saya memang mahu adakan majlis akad nikah sahaja kerana itu yang wajib. Tapi memandangkan saya anak sulung, jadi keluarga mahu adakan resepsi di kampung halaman dan majlis di Kuala Lumpur untuk kedua belah pihak," tambahnya lagi.

Sumber : Mediahiburan








0 comments:

Post a Comment