Maklumbalas lain yang kami terima selepas itu melalui WhatsApp memaparkan pemandangan rakaman video lain dari pihak kumpulan wanita tersebut dan penjelasan lengkap tentang apa yang berlaku. Menurutnya, Teksi tersebut telah melanggar kereta kumpulan wanita tersebut. Berlaku kekecohan seketika hingga terpaksa ditenangkan orang ramai.
Dikatakan pemandu Teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan mereka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.
Berikut adalah video dari lensa kumpulan wanita tersebut.
Berikut pula adalah gambar-gambar kecederaan yang dialami kumpulan wanita tersebut.
Ini bermakna pemandu Teksi terbabit telah melepaskan geram (mungkin kerana mulut kumpulan berkenaan) dengan cara kekerasan kepada kaum wanita.
Di Balai Polis, bapa kepada salah seorang dari wanita ini hadir selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu Teksi tersebut sehingga berdarah (gambar di bawah).
Kejadian sebegini bukan pertama berlaku. Baru sahaja tahun lalu kita digemparkan dengak kejadian lebih kurang sama yang berlaku kepada Kiki (CDM) dan steering lock keretanya. Kali ini datang satu lagi. Apapun yang berlaku, sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan, selesaikanlah dengan cara yang lebih bertamadun. Apapun memandangkan kes ini telah menjadi kes polis, biarlah pihak Polis yang menyelesaikannya.
Jadi apa pandangan anda tentang apa yang berlaku ini?
Sumber : Oh!media
0 comments:
Post a Comment