Memandangkan semua sudah terjawab, jom kita lihat sedikit gambar-gambar terbaru Lisa setelah disahkan hamil di Majlis Pelancaran Filem Cicakman 3.
Memetik laporan Sinar Harian, Yusry bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kerana memegang pesanan orang tua-tua.
"Mengenai berita kelahiran itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat kongsikan maklumat lanjut.
Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsikan selepas tempoh tertentu.
Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut.
Pada masa yang sama Lisa memaklumkan dirinya berasa serba salah sama ada mahu berkongsi berita kehamilannya atau tidak.
"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah jawab, sebab masih baru adn orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.
Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pebagai medium.
Apa-apa pun tahniiah daripada kami di atas berita gembira ini.
Sumber : Popularmediamalaya
0 comments:
Post a Comment