Walaupun cuba mempertahankan rumahtangganya sebelum ini, pelakon Yatt Hamzah akhirnya bercerai dengan bekas suaminya, Abdul Mutalib Shukor. Namun begitu terdapat satu desas-desus yang timbul mengatakan punca sebenar perceraian mereka ialah kerana wujudnya orang ketiga.
Menurut gosip itu juga, punca orang ketiga itu datangnya dari Yatt sendiri. Melalui Melodi TV3 Yatt bagaimanapun menafikan perkara tersebut.
"Tidak. Saya sangkal sama sekali. Perkara itu tidak wujud. Saya pun tak tahu dari mana perkara itu timbul.
Biasalah, sebagai selebriti, apa saja yang kita lakukan akan diberikan perhatian khusus.
Saya pernah dengar juga sebelum ini (tentang gosip itu) tapi tidak benar.
Cerita yang dikhabarkan itu bukan punca perpisahan kami. Sebagaimana yang berlaku antara saya dan bekas suami biarlah menjadi rahsia di antara kami dan Allah.
Saya tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa kerana ia adalah satu aib kepada saya dan bekas suami.
Saya tetap sama seperti dulu. Saya tetap manusia biasa yang membuat kesilapan.
Sekiranya saya melakukan perkara yang nampak tidak sesuai untuk saya lakukan pada ketika ini, tegurlah saya. Tetapi teguran itu perlu kena pada masa tempat dan caranya.
Tegurlah secara membina, bukan menghancurkan."
Yatt memberitahu hubungannya dengan bekas suami masih baik kerana mereka bergilir-gilir menjaga anak mereka, Suci Hanania Malika, 5. Malah dia dan bekas suami bertekad meneruskan persahabatan sampai bila-bila untuk membesarkan anak itu.

0 comments:
Post a Comment