Searching...
Sunday, 18 October 2015
23:56 0

Selepas 8 bulan bercerai, korang pasti terkejut beruk dengan tindakan Eizlan Yusof terhadap bekas isterinya, Vie Santhie


Mengakui masih lagi menyimpan perasaan sayang selain tidak pernah bermusuhan walaupun sudah bercerai, pelakon popular Datuk Eizlan Yusof sedang dalam usaha untuk memujuk bekas isterinya Vie Santhie Harun untuk kembali bersama.

"Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa.

Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak. Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya."


Mereka berkahwin selama tujuh tahun sebelum disahkan bercerai sekitar bulan Februari tahun ini selepas pihak mahkamah mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Jika masih ada perasaan kasih dan cinta, apa salahnya untuk memberikan peluang kedua untuk kembali bersama seperti dahulu. InshaAllah, kali ini mungkin masing-masing sudah sedar akan kesilapan dalam diri bukan? Harapnya harapan Datuk Eizlan Yusof untuk rujuk bersama bekas isterinya itu dipermudahkan.





0 comments:

Post a Comment