Namun sesuatu yang menarik untuk diperkatakan mengenai wanita berusia 35 tahun ini, dia telah melabur hampir RM1 juta semata-mata untuk kepuasan dirinya sendiri dengan membuat album dan kerja-kerja promosi walaupun belum sampai setahun bergelar artis.
"Saya sudah mempunyai satu album dan selepas ini akan muncul dengan album Inggeris pula untuk dipasarkan ke Australia. Komposer terdiri dari orang Malaysia dan Australia. Rakaman pun akan dibuat di dua-dua negara ini.
"Diterima atau tidak di sana yang penting kita kena cuba dahulu. Tak cuba tak tahu. Kena kena cuba baru puas hati. Tunggu..."jelasnya.
Walaupun begitu banyak modal yang telah dan akan dikeluarkan namun bagi Reena semuanya bermula dengan minat dan kepuasan.
"Reena tak kejar populariti, Reena tak kejar keuntungan. Reena buat semuanya kerana minat yang mendalam terhadap bidang seni.
"Kalau ada profit pun dia akan datang dalam cara lain. Mungkin show dan sebagainya," tambah Reena lagi.
Selepas berbual-bual dengan Reena akhirnya tahulah penulis bahawa keluarga angkatnya mempunyai stesen minyak dan dia bekerja sebagai pengurus di stesen tersebut. Duit gajinya selama ini tidak diusik dan sekarang adalah masa untuk dia melaburkan kembali kepada apa yang dia minati selama ini.
Selain itu Reena juga mempunyai perniagaan lain. Justeru tidak hairanlah jika dia tidak perlukan keuntungan dan rela berhabis kerana minat.

Sumber: Mediahiburan
0 comments:
Post a Comment